CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 8, 2011

Projek sebelum balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

lagi 2 hari nak balik kampung, saya nekad nak buat projek ni lepas siapkan kuih raya. Selalunya kandungan 7 bulan saya dah siapkan semua, tapi kali ni tinggal sebulan, baru nak potong kain. Projek ni wajib sebelum menyambut orang baru tak lama lagi ni. Set tilam bayi. Semua anak-anak saya, saya jahit sendiri set tilam bayinya. Kalau boy, warna biru. Kalau girl, warna pinky-pinky gitu. Pregnant kali ni, doc scan kata girl. So mengguntinglah saya kain ala girly-girly gitu.

2 meter kain dapat 1 sarung tilam, 2 bantal dan 2 bantal golek.

Ok, layan gambar.

Ha, sekali powerpuff girl daa... hehe. Kain cotton beli kat Jakel dulu, konon nak buat stok set tilam ni sebab nampak cantik dan evergreen warnanya. Renda saya guna yang jarang tu tapi takdelah kasar sangat untuk baby. Dah macam bantal nikah dah gayanya. Hehe. Layan jelah.






Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pelawat dan pembaca blog Jahitan Ai ini. Andai ada tersalah kata, tersilap bahasa, mohon di maafkan.

Esok dah nak balik raya. Berhati-hati di jalan raya semua.





Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

Tutorial: Seni Tikaman Tulang Belut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari ni nak share pasal seni tikaman tulang belut. Ini cara mak saya ajar saya masa mula-mula saya belajar dengan mak dulu. Rasanya semua orang sama teknik dengan yang ni. Ok, layan...


1) Cucuk jarum dari dalam ke tengah jahitan antara kain depan dan belakang.















2) Kemudian, cucuk kali ke2 dalam jarak 2-3mm. Pastikan jarak cucuk antara kain depan belakang tu sikit je.













3) Cucuk lagi, jadikan 3 cucukan semuanya.















4) Kemudian, masukkan jarum ke dalam jahitan ke2 dari atas ke bawah.














5) Bila ditarik ke bawah, masukkan jarum ke dalam depan benang pertama dan belakang benang ke2. Faham tak? hehe. Yang ni macam akan serong sikit. Kiranya dari step 4 ni, main atas benang jelah, tak cucuk kat kain pun.









6) Bila dah tarik benang, cucuk kat kain kat sebelah cucukan ke3 tadi. Jarak pun dlm 1mm gitu, jangan jauh-jauh, nanti tak kemas. *bila anda tarik, tarik manja-manja je, jangan tegang sangat, nanti dia mencerut.













7) Ok, yang ni dah separuh jalan. Mungkin tak nampak betul. Kalau atas kain, nampaklah dia punya silang pangkah yang sangat rapat tu.












8) Yang ni dah siap 100%, matikan dia kat bahagian dalam kain supaya nampak kemas. Selamat mencuba.


















Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

Tuesday, August 23, 2011

Last order sebelum raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SALAM RAMADHAN AL-KAREEM yang ke 25 hari ni. Kejap je masa berlalukan. Minggu lepas, kawan baik saya kat Kajang ni hantar baju. Ingat tak nak terima sebab rasa macam tak sempat, dengan kemas rumah lepas pindah lagi, nak buat kuih raya lagi, nak prepare baju baby lagi. Tapi alhamdulillah, kuderat masih kuat. Maka, siaplah sepasang baju kurung Shasha. TQ sha, harap puas hatilah ye.

Dah siap!


Jahitan tulang belut di leher






Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

Friday, July 22, 2011

Tutorial: Seni Tikaman Karipap + Manik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hari ni nak share cara tikaman karipap campur dengan manik. Actually, saya tak pernah tengok pun kaedah macam ni, tapi hari tu ada kawan bagitau kalau mata lalat atau karipap ni, di selang selikan dengan manik, cantik. Maka, saya pun searchlah seantero pelusuk website dan blog, dan terjumpa tutorial tu. Terima kasih tuan blog, SewnCut, tutorial anda memang berguna bagi saya yang dahagakan ilmu jahitan ni.

Ok, yang ni saya buat kat baju raya Najlaa. Sementara duduk kat hotel sebelum pulang balik Malaya ni, sempatlah juga buat. Saya buat 10 lilitan karipap sebab manik besar. Ikut contoh tu kena buat 6 simpulan je tapi ikut kesesuaian manik tulah. Kalau manik kecil, buat kecil sikit. Kalau manik besar, terpaksalah besar. Jadinya, manik besar ni je yang ada. Ikut jelah. Ok, layan gambar step by step di bawah.


1. Ikut step tutorial mata lalat disini.














2. Cara pintalannya macam nilah. Saya buat 10 pusingan. Buat karipapnya dulu, baru masuk manik.












3. Ok, yang ni dah 10 pintalan. Dia jadi tinggi sikit.













4. Nampak tak? karipap - manik - karipap - manik. Ini pandangan dari dalam.












5. Ini pula pandangan dari luar. Terserlah karipapnya.














6. Inilah hasilnya. Pertama kali saya buat ni. Tak puas hati. Next time boleh cuba manik yang kecil lagi, lagi cantik.












7. Siap!


















Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

Thursday, July 14, 2011

Tempahan Melalui Pos

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

memandangkan saya akan berpindah ke KL hujung bulan Julai ni, maka tempahan di Kuching terpaksa ditangguhkan. Akan tetapi, pelanggan - pelanggan yang ingin menempah juga, saya buka untuk tempahan secara pos. Cara-caranya seperti berikut:

1) Sila poskan baju contoh yang anda muat/selalu pakai/baju terkini dan kain yang nak buat baju tu kepada saya. Kaedah pengeposan bergantung kepada anda samada menggunakan pos ekspress atau pos laju atau courier ATAU;

2) Sila beri ukuran (ukur ikut baju) seperti berikut:
  • Lebar baju (ukuran inci dari bahu ke bahu)
  • Labuh baju (ukuran inci dari atas bahu ke hujung baju bawah)
  • Lebar tangan (ukuran inci dari atas lengan ke bawah lengan)
  • Labuh tangan (ukuran inci dari bahu ke hujung tangan)
  • Lebar pesak bawah
  • Lebar pesak atas
  • Ukuran poket dari ketiak
  • Panjang poket
  • Ukuran poket dari bawah baju
  • Ukuran pinggang ikut kain, jangan ikut pinggang anda sebab ukurannya berbeza
  • Labuh kain (ukuran inci dari pinggang ke hujung kain)
  • Lebar kain (rentangkan kain dari hujung ke hujung dan ambil ukurannya)
  • Lebar kain apabila dilipat susunan tepi kain
3) Sekiranya anda ingin saya sendiri yang memilihkan jenis fabrik untuk anda (sebab ada pelanggan yang tiada masa pergi ke kedai kain), BOLEH. Sila berikan spesifikasi kain yang anda inginkan (jenis kain, warna, corak dll). Anda hendaklah menyerahkan 50% deposit terlebih dahulu, baki dibayar setelah baju siap sepenuhnya. Jumlah keseluruhan ditanggung anda sepenuhnya (harga kain, upah jahit dan pos)

4) Sila bank in di salah satu akaun saya di bawah:
  • Maybank account: SUHAIZA BINTI SA'AT (112353006291)
  • CIMB account: SUHAIZA BINTI SA'AT (14380073129521)
  • Bank Islam account: SUHAIZA BINTI SA'AT (14014020796075)
  • Public Bank account: MOHD HUSNI BIN MOHD NOOR (4833950923)
Dan emailkan transaksi anda di suhaiza81@gmail.com dan SMS saya di 019-8280234 atau 019-3552113 (Dua-dua talian masih aktif)

5) Sila berikan tempoh 1-2 minggu dari tarikh baju sampai ke tangan saya untuk saya siapkan tempahan baju anda. Biasanya sepasang baju memakan masa kurang 5 hari.

6) Setelah baju siap, saya akan memaklumkan kepada anda untuk pengeposan. Sila berikan nama, alamat dan no telefon terkini.

Sebarang persoalan berhubung tempahan melalui pos ini, bolehlah dikemukakan kepada saya.

Terima kasih.




Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

Wednesday, July 13, 2011

Baju raya anak-anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

dalam sela masa nak habiskan tempahan Kak Hani, sempatlah juga saya buat baju raya untuk anak dara kenit 2 orang tu. Si kakak, Najlaa berumur 4 tahun. Si adik, Qaisara berumur 3 tahun. Walaupun selang setahun, tapi si adik lebih rendang dari kakaknya. hehe. Kain-kain ni semua dah lama tersimpan, baru berkesempatan umi dia jahit ni untuk pakai raya.

Baju raya pertama. Baju Sara. Kain murah je, mak beli kat Sakan 4 meter RM10, tapi dia punya lembut tu... kalah sutera. Tak rasa kat jari jemari ni bila potong kain. Rasa tak confident pun ada bila potong tu, tapi try jelah. Maka, inilah hasilnya.


Jahit mata lalat di leher


Baju Najlaa.


Jahitan mata lalat di leher.


Dua-dua baju saya buat tangannya cerut begini. Tutorialnya next time ye. Senang je nak buat.


Baju raya kedua. Baju Sara lagi. Jenis cotton murah sesangat. 1 meter rm2.50 tak silap. Tahun lepas beli, tapi tangguh je tak tau nak buat apa. Last-last jadilah baju raya budak-budak ni. Berkenan kat corak dia tu je. hehe


Jahitan mata lalat di leher


Baju Najlaa.


Dua-dua baju, tangannya saya jahitkan manik ni. Manik ni semeter RM1.20 je. Senang guna ni, sembat halus je, tak payah jahit sebiji-sebiji.


Jahitan mata lalat di leher.


Dah siap baju raya anak dara ni. Ada lagi sepasang tak siap lagi.






Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥