CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 24, 2011

Coretan Buat Julung-Julung Kalinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

anda sihat hari ni? diharapkan anda sihat sentiasa. Blog ni khas aku buat untuk aku kongsikan pada umum tentang pengalaman menjahit, suka duka sepanjang aku mula menjahit hingga sekarang. Kalau di kira-kira, dari tingkatan 1 lagi aku dah start menjahit, yelah, ambil aliran ERT (Ekonomi Rumah Tangga), memasak, menjahit semua dah mula belajar masa tu. Dan hinggalah sekarang ni umur aku masuk 30. Uish, dah tua bangka dah ni. Kalau tak de improvement, tak taulahkan.

Ok, dikisahkan masa masuk ERT tu lagi, dah banyak projek dan teknik yang aku belajar. Macam mana nak ukur kain, nak gunting kain dan sehinggalah terhasilnya sebuah projek yang diingini. Antara projek-projek yang aku ingat adalah buat kotak jahit untuk simpan peralatan mak nenek alatan jahitan tulah. Sampul luar tu kena letak span kat dalamnya, pastu letak kun sikit, letak reben sikit. Memang cantik aku buat masa tu, sayangnya takde gambar nak tunjuk dan kotak tu pun dah takde mana ntah aku letak. Lepas tu, belajar pasal mesin jahit manual ataupun jenis kayuh tu. Macam mana nak masukkan benang dari atas sampailah kat jarum dia tu. Benang atas bawah kena tau. Pastu kena hafal dia punya flow benang tu, masuk exam beb!... kalau tak, memang faillah. Pastu ada buat projek apa ntah lagi, aku dah tak ingat.

Tu pendidikan formal yang aku dapat. Ni pulak pendidikan tak formal dari mak aku. Sifu yang sorang ni memang terror buat baju kurung. Masa aku tingkatan 3 tak silap (orang lain sibuk study nak PMR, aku belajar menjahit pulak)... aku cakap kat mak nak belajar buat baju kurung. Tapi cakap je, mungkin belajarnya time dah free macam lepas exam ke kan. Pastu tup-tup mak belikan kain cet (panggilan kain cotton) 4 meter, pastu dia duduk kat sofa. "Ha, potong baju tu"... alamak, cemane nak potong ni... mak duduk kat sofa je, aku yang dok terkangkang-kangkang amik ukuran baju contoh dan gunting kain. Memang seksa buat pertama kalinya tapi nasib baik aku ni fast learner, ecehhh... maka terhasillah baju kurung hasil air tangan aku buat pertama kalinya. Siap belajar tikam tulang belut lagi dengan mak. Terima kasih mak. Nampaknya kita je yang mewarisi seni jahitan mak. Anak-anak lain waris yang lain. hehe.

Sampai dah 25 tahun kemudian pun masih ada lagi bajunya tau. Ni ha sebagai bukti. Gambar ni gambar tahun 2000, tengah bercinta masa ni. hehehe.


Raya 2010, baju aku, Najlaa dan Sara aku jahit sendiri. Jimat, jimat. Cuma beli baju abangnya je. Baju abahnya tu recycle tahun-tahun sudah.



Lepas tu, aku belajar jahit tikam mata lalat dengan akak ipar tersayang, Kak Mun. Dia yang tunjuk step by step. Masa mula-mula buat memang susah, tapi dah lama-lama, sambil tengok fb pun boleh buat tau... ecehhh... Terima kasih Kak Mun. Sayang Kak Mun.

Dan projek lepas-lepas tu, aku sendiri reka. Buat tirai sinki, buat set tilam baby, buat beg telekung, buat sarung bantal sampai bila dah dapat anak perempuan, minat menjahit meluap-luap sebab seronok jahit baju kecik cenonet ni. Dapat anak perempuan berderet 2 orang, lagilah seronok menjahit. Aku banyak buat baju kurunglah sebab baju lain tak pandai lagi. Gigil tangan nak potong kain kalau lain dari yang lain ni. heheh.

Tirai sinki. Ni yang kat rumah. Ada orang tempah warna dark purple, cantik aku buat. ecehh.


Contoh-contoh set tilam bayi yang aku buat. Ni orang punya semua.


Beg telekung, tulis nama guna manik tu tau. Ni antara orang order.


Baju raya, baju kurung Najlaa, anak perempuan no 2.

Gambar terkini, Najlaa dan adiknya, Qaisara (anak perempuan no 3). Baju feberet diorang ni.


Dan mulai tahun ni, 2011... aku memberanikan diri mengambil upah buat baju kurung. 3 pasang kawan aku hantar, nasib baik kain cotton. Kalau kain licin bak sutera tu, adehlah... mau aku fikir 25 kali baru boleh ambil order ni. hehhe.

Oklah, aku berhenti setakat ni dulu, nanti sambung lagi.





Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

0 comments:

Post a Comment