CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 24, 2011

Tutorial: Seni Tikaman Mata Lalat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ok, hari ni nak start dengan seni tikaman mata lalat. Yang tulang belut tu menyusul ye sebab bajunya belum siap lagi.

1. Kalau guna benang biasa, kena buat 4 lembar. Buat 2 lapis, lepas tu masukkan ke lubang jarum. Err, faham tak? cuba tengok gambar tu. Kiranya dah lipat 2 benang tu, barulah masukkan kat dalam lubang jarum tu.









2. Bila dah simpul mati benang tu, masukkan jarum kat belakang 1 mata. (Ini adalah contoh memulakan jahitan sekiranya kehabisan benang di pertengahan jahitan)












3. Lepas keluarkan benang kat step ke 2 tadi, cucukkan lagi kat dalam ke luar baju macam dalam gambar ni. Make sure cucuk hujung tu sikit je ye. Jarak antara satu-satu mata lalat tu lebih kurang 2 mm, ha kecik je baru cantik. Kalau jauh sangat, tak cun sangat.








4. Pegang jarum dalam keadaan jari telunjuk kat atas belakang jarum, ibu jari tekan depan jarum bawah. Tangan kanan pula masukkan satu2 benang ke dalam jarum sampai 4 kali. Lupa pulak nak ambil gambar cara simpul tu sebab dua2 tangan gunakan. Tapi pergerakan simpul macam bentuk S gitu. InsyaAllah kalau buat lagi, nanti saya screenshot yang part ini sahaja ye.






5. Hasil 4 simpulan tu macam ni lah. Kiranya dia bersusun bertingkat-tingkat 4 lapis. Kemudian, tolak ibu jari ke atas hingga habis dan kemaskan. Jangan tarik ketat sangat, nanti berkedut.










6. Ok, ni lah hasilnya. Luar nampak cantik, dalam pun oklah kot. Hehehe.















7. Dah siap. Ni lah hasilnya secara keseluruhan. Nampak kemas. Belakang tu sudahkan dengan sembat halus.















Tempahan baju kurung anak kawan dah siap. Semuanya ada 3 pasang, lagi sepasang tak siap lagi.

Yang ni aku buat tikaman tulang belut. Preview untuk next entry ok.







Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

1 comments:

Anonymous said...

서로카라 하는 방법 하는 카라 하는 방법 하는 방법 하는 방법 하는 방법 하는 방법 fun88 soikeotot fun88 soikeotot 다파벳 다파벳 fun88 soikeotot fun88 soikeotot 934AFL premiership odds

Post a Comment