CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 14, 2011

Tempahan Melalui Pos

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

memandangkan saya akan berpindah ke KL hujung bulan Julai ni, maka tempahan di Kuching terpaksa ditangguhkan. Akan tetapi, pelanggan - pelanggan yang ingin menempah juga, saya buka untuk tempahan secara pos. Cara-caranya seperti berikut:

1) Sila poskan baju contoh yang anda muat/selalu pakai/baju terkini dan kain yang nak buat baju tu kepada saya. Kaedah pengeposan bergantung kepada anda samada menggunakan pos ekspress atau pos laju atau courier ATAU;

2) Sila beri ukuran (ukur ikut baju) seperti berikut:
  • Lebar baju (ukuran inci dari bahu ke bahu)
  • Labuh baju (ukuran inci dari atas bahu ke hujung baju bawah)
  • Lebar tangan (ukuran inci dari atas lengan ke bawah lengan)
  • Labuh tangan (ukuran inci dari bahu ke hujung tangan)
  • Lebar pesak bawah
  • Lebar pesak atas
  • Ukuran poket dari ketiak
  • Panjang poket
  • Ukuran poket dari bawah baju
  • Ukuran pinggang ikut kain, jangan ikut pinggang anda sebab ukurannya berbeza
  • Labuh kain (ukuran inci dari pinggang ke hujung kain)
  • Lebar kain (rentangkan kain dari hujung ke hujung dan ambil ukurannya)
  • Lebar kain apabila dilipat susunan tepi kain
3) Sekiranya anda ingin saya sendiri yang memilihkan jenis fabrik untuk anda (sebab ada pelanggan yang tiada masa pergi ke kedai kain), BOLEH. Sila berikan spesifikasi kain yang anda inginkan (jenis kain, warna, corak dll). Anda hendaklah menyerahkan 50% deposit terlebih dahulu, baki dibayar setelah baju siap sepenuhnya. Jumlah keseluruhan ditanggung anda sepenuhnya (harga kain, upah jahit dan pos)

4) Sila bank in di salah satu akaun saya di bawah:
  • Maybank account: SUHAIZA BINTI SA'AT (112353006291)
  • CIMB account: SUHAIZA BINTI SA'AT (14380073129521)
  • Bank Islam account: SUHAIZA BINTI SA'AT (14014020796075)
  • Public Bank account: MOHD HUSNI BIN MOHD NOOR (4833950923)
Dan emailkan transaksi anda di suhaiza81@gmail.com dan SMS saya di 019-8280234 atau 019-3552113 (Dua-dua talian masih aktif)

5) Sila berikan tempoh 1-2 minggu dari tarikh baju sampai ke tangan saya untuk saya siapkan tempahan baju anda. Biasanya sepasang baju memakan masa kurang 5 hari.

6) Setelah baju siap, saya akan memaklumkan kepada anda untuk pengeposan. Sila berikan nama, alamat dan no telefon terkini.

Sebarang persoalan berhubung tempahan melalui pos ini, bolehlah dikemukakan kepada saya.

Terima kasih.




Ummi Rusyaidi Najlaa Qaisara ♥♥♥

0 comments:

Post a Comment